Media dan koleksi berkaitan Final_Fantasy_VII

    Maklumat selanjutnya: Kompilasi Final Fantasy VII

Kompilasi Final Fantasy VII merupakan format judul kepada beberapa siri permainan video dan tambahan-tambahan animasi yang dihasilkan oleh Square Enix berasaskan dunia dan sambungan Final Fantasy VII. Diketuai oleh Tetsuya Nomura dan Yoshinori Kitase,[64][65][66] sirinya terdiri daripada beberapa judul yang dikeluarkan untuk beberapa sistem dan konsol, setiap daripada mereka merupakan siri tambahan kepada kisah Final Fantasy VII.

Final Fantasy VII: Snowboarding: Perbandingan di antara versi PlayStation (kiri) dan versi telefon bimbit (kanan).

Meskipun bukan di bawah label kompilasi, dua buah novel yang dikeluarkan berdasarkan sambungan kisah Final Fantasy VII telah dihasilkan, manakala judul permainan video Final Fantasy VII ketiga untuk telefon bimbit juga telah dihasilkan. Novel pertama berjudul Wanita Pengembara Cakerawala. Kisahnya bertumpu kepada pengembaraan Aeris di dalam Lifestream, diikuti oleh kematiannya di tangan Sephiroth, mengambil tempat pada waktu yang sama dengan bahagian kedua Final Fantasy VII.[67] Novel kedua, berjudul Dalam Perjalanan Menuju Suatu Senyuman, merupakan kisah yang dibahagikan kepada 3 bahagian berdasarkan kejadian sejurus selepas Final Fantasy VII, di mana satu bahagian diceritakan menerusi perspektif Tifa, satu daripada pula diceritakan daripada perspektif Barret, dan bahagian terakhir diceritakan oleh seorang budak lelaki bernama "Denzil", dibesarkan selepas Shinra menghancurkan Sektor 7.[68] Akhir sekali, Final Fantasy VII Snowboarding, dikeluarkan di Amerika Utara pada tahun 2005, ialah sebuah judul permainan video telefon bimbit yang dibawa daripada permainan mini asalnya.[69] Judul tersebut boleh dimainkan pada telefon-telefon bimbit seperti LG VX8000, Audiovox 8940 dan Samsung A890 dan mempunyai beberapa lagu yang berbeza berbanding judul asalnya.

Sesetengah telah mempercayai bahawa Kompilasi ini turut mempunyai remake (ciptaan semula) judul asal Final Fantasy VII untuk konsol PlayStation 3. Spekulasi ini mula dalam 2005 Electronic Entertainment Expo mengikuti keluaran demo teknologi Final Fantasy VII, mempamerkan adegan pembuka Final Fantasy VII yang dicipta semula menggunakan kemampuan grafik PlayStation 3.[70][71][72] Demo ini dicipta oleh kumpulan Yoshinori Kitase dengan bantuan daripada Koji Sugimoto, pengatur cara utama untuk Final Fantasy X]], juga oleh Motomu Toriyama, dan dilengkapkan dalam satu bulan setengah, dan diulas oleh Kitase di mana adegannya belum lagi menggunakan keupayaan penuh PlayStation 3 dan boleh dihasilkan dalam kualiti yang lebih tinggi jika lebih masa diterapkan kepada penghasilannya.[73]

Meskipun Yōichi Wada telah menjelaskan bahawa pertunjukkan tersebut sebenarnya sekadar demonstrasi teknologi sahaja[72]—beberapa tanggapan muncul kepada Kitase di dalam sebuah temu ramah dalam Final Fantasy VII Ultimania Ω[70]—isu Jun 2006 Electronic Gaming Monthly' menyatakan bahawa video tersebut sebenarnya merupakan "demonstrasi kepada pembangunan next-gen" dalam Final Fantasy VII.[74] Satu kenyataan rasmi daripada Square Enix muncul kemudiannya, mengatakan bahawa syarikat mereka tidak pernah sama sekali mengumumkan projek seperti ini.[75][76] Kaz Hirai, meneruskan khabar angin ini, mengatakan di Galeri Final Fantasy VII 10th Anniversary di Tokyo: "Tahniah kepada 10 tahun yang unggul! Nantikan yang terbaik".[77]


Di Parti Square Enix pada bulan Mei 2007, Suntory telah mendedahkan sejenis minuman iaitu "Final Fantasy VII Potion", dihasilkan untuk menyambut ulang tahun ke-10 Final Fantasy VII. Minuman tersebut merupakan produk edisi terhad.[78] Ahli-ahli Kotaku telah membandingkannya kepada minuman Dekavita C, sejenis minuman sitrus Suntory, dan rasanya adalah lebih baik berbanding "Potion Final Fantasy XII".[79]